Anak mana yang tak sedih dengar ayat tu keluar dari mulut mak sendiri?
Adil ke dunia ni kalau anak nak berauara pun kira derhaka? Ya Allah, ana memang jahil. Kau nak hukum aku exam markah teruk, aku redha dan terima. Memang selayaknya ana dapat macamtu. Ana mengaku ana jahat. Ana buat banyak dosa. Taubat apa kalau ulang benda yang sama. Tapi salahke ana cuba perlahan lahan? Ana pening, ana keliru. Tapi ada sesiapa nak tolong? Ada sesiapa nak cuba faham? Orang kata, Allah selalu ada untuk kita.. Tapi kenapa ana tak pernah rasa? Adakah sebab ana ni hina, Allah tak suka? Mana perginya Yang Maha Pemberi Kemaafan? Mana perginya Yang Maha Penyayang? Kafirkah aku kerana meragukan kekuasaanmu Ya Allah? Nauzubillah, tak ada niat langsung.. Tak ada niat langsung nak sakitkan hati mama.. Tapi mama tak pernah faham.. Ana bersyukur mama ada lagi ayah ada lagi. Ana bersyukur sangat sangat. Mana lagi ana nak pergi kalau diorang takda. Undeniably, of course i live them.. Tapi kadang kadang ada keraguan dan persoalan, diorang ni sayang aku ke tak? Kenapa aku tak pernah happy bila balik? Kenapa aku rasa layanan yang diorang kasi semata mata simpati? Simpati kepada anak yang baru balik dari asrama. Tapi.. Bukan sayang. Excuse my impoliteness, mama. Though you're not reading this. Syurga memang di bawah tapak kaki ibu.. Tapi anak ada perasaan jugak. Maaf ana jahil, tapi bukankah seorang ibu penyibang kasih yang terbesar? You're suppose to be my guardian angel that was sent by god.. Tapi ana tak pernah rasa aman. Mungkin diri ini sedang dikuasai amarah yang berkecamuk.. Ai? Pun boleh. Haha. Ana taktahu mama, taktahu. Ana tak reti mintak maaf. Ana tak reti nak peluk mama ke cium mama ke berbaik baik dengan either of you bcause it feels so awkward. Teruk kan? Teruk sangat berasa janggal with your own parents. What should i do? Tak balik dari asrama? Derhaka jugak. Tak call? Derhaka. Tak contact? Derhaka. Ya Allah beratnya ujian ini..aku rela mati, tapi cukupkah amalan ni nak dibawa ke kubur?
Help me Ya Rabb, lapangkanlah dadaku, kau tetapkanlah hatiku ini.